Setem Purba Bernilai RM2.8 Juta Dilelong

Siapa kat sini pernah tengok filem SETEM? Baru minggu lepas Bos tengok di kaca TV cerita ini. Jalan ceritanya best, kelakar terutama lakonan Afdlin Shauki sebagai Joe. Bos akui memang lakonan dia tidak pernah mengecewakan la. Bos ingat filem ini adalah semata-mata imaginasi penulis skrip dan tidak mungkin ada setem yang boleh menjadi sangat bernilai sehingga harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Tetapi didalam surat khabar hari ini, setem dari tahun 1897 dan hanya 32 keping sahaja dicetak akan dijual dengan harga RM2.8 juta. Pokcik kayooo!!!


HONG KONG - Sekeping setem yang jarang ditemui di China akan dijual pada harga HK$6.9 juta (RM2.8 juta) oleh firma lelongan Interasia Auctions.

Firma Interasia Auction dalam satu kenyataan media berkata, setem itu dikatakan telah dicetak sebanyak 32 keping sahaja pada zaman dinasti Qing.

Setem Red Revenue Small One Dollar 1897 itu merupakan antara setem yang jarang diterbitkan di China.

Setem berwarna merah terang itu dilihat sebagai simbol nasib baik dan bertuah dalam budaya masyarakat China.

Ia jarang ditemui kerana terdapat beberapa ciri pada setem itu seperti logo perkhidmatan pos Dinasti Qing bentuk satu dolar yang disifatkan terlalu kecil dan melambangkan ciri-ciri mesin percetakan versi kedua.

Jelas Interasia Auction lagi, setem tersebut merupakan sebahagian besar barangan yang akan dilelong sepanjang tiga hari membabitkan setem China, Hong Kong dan Asia yang akan berakhir hari ini.

Jumlah keseluruhan lelongan dianggarkan bernilai HK$71.9 juta (RM29.55 juta). - AFP

Sumber Kosmo dan News


p/s: Lepas nie cari la barang-barang lama kat kampung, mana tau ada boleh jual berjuta-juta, baru dipanggil OKB.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger | CHILL LIKE A BOSS © 2010 | Designed by Chica Blogger